suria

“Tak kira siang atau malam, ‘benda’ tu datang kacau” - Isteri Awie pula jadi mangsa

Awie dedah isteri turut menerima gangguan misteri. Foto: IZZRAFIQ ALIAS

PENYANYI dan pelakon Datuk Awie yang pernah mendedahkan dirinya mengalami gangguan dan penyakit misteri sebelum ini memberitahu kini isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin turut berhadapan situasi sama.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 50, gangguan itu datang tanpa mengira waktu sehinggakan isterinya menjadi takut sekiranya perlu tinggal bersendirian di rumah.

"Gangguan dan penyakit misteri ini bukan baru sebab sudah 13 tahun saya mengalaminya... tak kira siang atau malam, kalau 'benda' tu nak datang... dia akan kacau.

ARTIKEL BERKAITAN: Awie Dakwa Bakal Isteri, Anak Turut Terkena Sihir

"Baru malam tadi isteri saya tiba-tiba menjerit, dia nampak sesuatu yang menakutkan sampai dia tak berani nak duduk rumah seorang diri.

Awie dan Ladyana berkahwin pada 7 Oktober 2016. Foto ihsan BHOnline.

"Kalau saya cerita pasti orang ketawa sebab benda-benda begini orang tak pernah rasa," katanya kepada mStar Online.

Awie ditemui semasa majlis makan malam meraikan kejayaan filem Hantu kak Limah yang diadakan di Sampling Fourteen, Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Awie berkata dia pernah mencuba pelbagai rawatan termasuklah perubatan Islam bagi menghilangkan gangguan misteri tersebut.

Malah, sehingga hari ini dia tidak pernah berputus asa untuk melawan kesakitan yang dialaminya.

Awie bergambar bersama produksi filem Hantu Kak Limah di majlis makan malam meraikan kejayaan filem tersebut.

"Saya ada ikthiar dan esok lusa pun akan cuba lagi, mujur sakit ni datang masa saya tidak berkerja.

"Kita berusaha sampai berjaya hilangkan gangguan ni, kalau tunjuk 'benda' yang keluar dari badan saya memang ramai akan terkejut.

"Pelik... zaman sudah moden tapi manusia semakin kuno dan hilang iman," katanya yang enggan terlalu bercerita mengenai gangguan mistik itu.

Awie dan Sharifah Ladyana berkahwin di Songkhla, Thailand pada 7 Oktober 2016.

Awie

Artikel Lain