PELAKON Elfira Loy menerusi Instagramnya meluahkan rasa bahawa dia tidak melihat keperluan untuk menjelaskan apa-apa perkara yang berlaku terhadap dirinya. Dia yang kini berada di Paris berkata, apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah yang mejadikannya seorang wanita kuat. "Allah perancang yang terbaik. Saya ada banyak perkara yang ingin ditulis pada kapsyen, saya taip dan padam kapsyen yang panjang untuk menjelaskan perkara yang berlaku kepada saya. "Tapi, saya tidak nampak apa keperluan saya untuk berbuat demikian. Ujian Allah membuatkan saya seorang wanita yang kuat dan sabar tentang semua," ujarnya. Elfira Loy kini berada di Paris. ARTIKEL BERKAITAN: "Tahniah semoga sampai syurga...," komen ikhlas Sufian mengenai pertunangan Elfira Loy Elfira sebelum ini dikhabarkan melangsungkan pertunangan pada 2 September lalu dengan seorang lelaki bernama Faris Khairol Anuar. Bagaimanapun, sehingga kini dia dan keluarga tidak mengesahkan perkara berkenaan. Sementara itu, pada Khamis, dia sekali lagi dihimpit kontroversi apabila muncul pula seorang wanita meninggalkan komen meminta Elfira melangsaikan segala hutang yang didakwa dibuat oleh adiknya, Ahmad Ezzrin Loy. Dalam pada itu, Elfira menambah, dia percaya penjelasan dan jawapan sebenar akan diketahui apabila sampai masanya. "Saya pasti masa sebenar akan datang dan kamu akan dapat jawapan yang kamu cari itu bila sampai masannya. Saya hanya perlu berdoa lebih kuat "Kerana hanya hanya Allah sahaja yang boleh mengubah segalanya bukan kamu," tulisnya. Tambahnya lagi, lebih baik tidak berkata apa-apa jika tiada perkara baik untuk dikatakan.