suria

"Ya Allah, izinkan emak jumpa abah di pintu syurgaMu" - Ibu Ellie Suriaty meninggal dunia

Ibu Ellie meninggal dunia pagi Selasa.

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar iaitu Noriah Mat Akhir meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, di sini pagi Selasa.

Perkara itu disahkan oleh suaminya pelakon Azry Iskandar menerusi sebuah mesej ringkas kepada media.

Sementara itu, Ellie menerusi video di Instagram turut berkongsi detik akhir bersama Allahyarham ibunya itu.

View this post on Instagram

Hari ini nyawaku.... Penguat Semangat Perjuanganku.. pergi meninggalkan aku buat Selama - lamanya.... Anje sama macam Mak...Kuat!.. Tapi Mak lagi kuat!!.. Ya ALLAH.. Mak adalah MilikMU.. Mak pulang KepadaMU Ya ALLAH!... Ampuni segalanya buat hamba MU Ibuku ini ku mohon ????? Kau Telah Memberikan Yang Luarbiasa buat Ibuku sepanjang hayatnya Ya ALLAH!!!..Aku BerSyukur dapat di lahirkan sebagai anak Mak.. Ibuku Noriah Binti Mat Akhir .. Semoga Mak di tempatkan di Kalangan para Solehah...Hamba2 YANG AMAT KAU KASEHI YA ALLAH!... Semoga Ya ALLAH... IIZINKAN Mak dapat bertemu Abah di Pintu SyurgaMU..Sedemikian IZINKAN mereka Bersama2 Menghuni Jannah Syurga MILIKMU YA ALLAH ???? Al - Fatihah buat Mak.. Selamat pulang Ke Pangkuan ALLAH SWT ??????????? Terima Kaseh ALLAH Mak Kembali ke Rahmatullah selepas subuh.. sempena Maal Hijrah 1Muharam 1440 Hijrah.. Alhamdulillah...

A post shared by elliesuriaty_azryiskandar (@elliesuriaty_azryiskandar) on

"Hari ini nyawaku penguat semangat perjuangku pergi buat selama-lamanya.

"Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak emak. Ya Allah izinkan mak dapat bertemu abah di pintu syurga Mu," tulisnya.

Luahan Ellie terhadap ibunya itu mendapat perhatian apabila rata-rata berasa sebak dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu.

Sejak akhir tahun lalu, Allahyarham yang juga penghidap kencing manis lumpuh separuh badan setelah diserang strok.

Ellie Suriaty

Artikel Lain