suria

“Moga Allah izinkan cinta kita hingga ke syurga” - Sebak baca ucapan Siti Sarah buat Shuib

Siti Sarah membuat ucapan menyentuh hati buat suami, Shuib bersempena hari jadinya yang ke-34. Foto Instagram @sitisarahraissuddin

KEMESRAAN dan aksi romantik penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan Shuib (Sepahtu) sentiasa menjadi perhatian pengikut di Instagram malah ramai menjadikan mereka sebagai pasangan contoh.

Bagaimanapun ucapan Sarah bersempena ulang tahun kelahiran Shuib yang ke-34 pada 12 September lalu menyentuh perasaan dan menusuk kalbu.

Menerusi status itu, penyanyi lagu Semakin ini berdoa agar Allah menginzinkan cinta mereka kekal selamanya sehingga ke syurga selain mengucapkan selamat hari jadi kepada suaminya.

"Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga. Happy brithday suami," tulisnya.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Status Sarah buat suami di Instagram.

Dalam pada itu, menerusi status sama, Sarah turut berdoa agar Shuib diberi umur yang panjang dan rezeki yang murah agar dapat memberi lebih manfaat dan berbakti kepada orang lain.

Penyanyi itu turut berdoa agar rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

"Moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manfaat hidupnya untuk sekalian alam, dimurahkan rezekinya supaya lebih banyak amal yang dapat dilakukan.

"Lebih berjaya, aman rumah tangga, moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia... Amin amin amin ya robbal alamin.

Sarah tidak ketinggalan mengucapkan penghargaan kepada ibu mertuanya, Salamiah Jalani kerana telah melahirkan Shuib.

"Terima kasih Allah mencipta suami ku... Terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku... Terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.

Siti Sarah, Shuib Sepahtu

Artikel Sebelum

Pelawak Acappan meninggal dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain