suria

Lima peserta mara ke peringkat akhir Big Stage, Ariff Bahran tersingkir

Ariff Barhan gagal mara ke peringkat akhir Big Stage.

SHAH ALAM: Penyanyi Ariff Bahran gagal menempatkan diri sebagai finalis peringkat akhir program Big Stage selepas namanya diumumkan tersingkir pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam Ahad.

Ariff, 20, tersingkir selepas mendapat markah kedua terendah iaitu sebanyak 84.08 peratus daripada juri namun undian rendah peminat menerusi aplikasi Tik Tok pada minggu keenam pertandingan itu menyebabkan dia tersingkir.

Ariff Bahran gagal melangkah ke peringkat akhir Big Stage

Dua lagi peserta yang turut mendapat markah terendah adalah Baby Shima dan Sarah Suhairi.

Pada malam tersebut, Ariff menyampaikan dua buah lagu iaitu Gerhana nyanyian asal kumpulan Kembara dan menerusi pusingan 'battle', Mama Papa Larang nyanyian asal Judika duet bersama Aepul Drama Band.

Tiga juri profesional yang menilai persembahan para peserta adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan penyanyi Indonesia, Tulus.

Penyingkiran itu membolehkan lima peserta lain iaitu Baby Shima, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain dan Afieq Syazwan.

Finalis Big Stage

Syafiq dan Wani masing-masing mendapat markah tertinggi daripada juri profesional iaitu 89.50 peratus dan 87.08 peratus.

Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Peringkat akhir program itu akan berlangsung pada 23 September di Auditorium MBSA.

Big Stage

Artikel Lain