suria

Mas Idayu tak ke mana-mana tapi beribu ringgit dari mesin ATM dikeluarkan

Mas Idayu dedah duit hilang dari akaun bank.

PENYANYI dangdut popular Mas Idayu mendedahkan kehilangan wang daripada akaun bank dalam jumlah yang banyak.

Penyanyi lagu Cintaku 100%  itu, mengakui pelik apabila wang itu dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) sedangkan ketika itu dia berada di rumah.

"Kad ini sudah ditutup selepas saya buat laporan tentang kehilangan duit yang terlalu banyak. Pengeluaran terakhir pada 11 September kerana 12 September adalah hari jadi anak saya dan 13 September saya tidak keluar ke mana-mana. Tapi saya dimaklumkan ada empat kali pengeluaran dilakukan dalam jumlah beribu-ribu ringgit.

"Kad ini hanya satu dan pada saya, bagaimana orang lain boleh keluarkan melalui kad lain di ATM bukan secara online. Mereka keluarkan di mesin ATM Meps yang sukar untuk dikesan," ujarnya.

Sementara itu Mas Idayu sudah membuat laporan polis berkaitan perkara terbabit.

Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, kejadian kehilangan duit di bank itu merupakan kali kedua yang pernah dialaminya.

"Ini kejadian kali kedua, pertama dulu saya hanya sekat dan tukar nombor pin baru. Tapi masih berlaku, bagaimana satu kad boleh ada orang kedua buat pengeluaran?" tulisnya.

Tambahnya, dia kini sedang menunggu hasil siasatan polis dan rakaman kamera litar tertutup di ATM yang dikeluarkan.

Dia juga meminta orang ramai berhati-hati dengan perkara tersebut.

Mas Idayu

Artikel Lain