PELAKON Aiman Hakim Ridza pada malam Khamis tampil menjelaskan dakwaan dibuat bekas teman wanitanya, Fathia Latiff berhubung dakwaan dia masih belum melangsaikan hutang dengan aktres itu. Aiman menerusi InstaStory di Instagram menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak seperti didakwa. "Pertama sekali aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa sebaliknya orang hutang aku ada. Ini adalah bisnes. Ia adalah saham. Ada keuntungan dan kerugian. Fakta!," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Fathia dakwa Aiman Hakim sekat panggilan selepas tuntut hutang Aiman menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa. ARTIKEL BERKAITAN: Sakinah tampil pertahankan Aiman Hakim, selar tindakan Fathia Terdahulu, Fathia menerusi Instagram miliknya mendedahkan Aiman masih belum membayar hutangnya selain bertindak menyekat nombor telefonnya apabila dia meminta aktor itu membayar kembali wang tersebut. Bagaimanapun Fathia tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada Aiman. Menjawab tuduhan itu, Aiman memberitahu alasan dia menyekat nombor telefon Fathia adalah disebabkan aktres itu merepek dan menggunakan kata-kata kesat walaupun dia bercakap dengan baik. Bagaimanapun kata Aiman, dia meminta semua mendoakan yang terbaik buat Fathia selain menasihati pengikutnya agar menggunakan media sosial untuk perkara berfaedah. Antara luahan lain Aiman di Instastory. "Alasan aku 'block' adalah disebabkan you merepek dan mencarut walaupun aku bercakap dengan baik. "Pada semua netizen yang positif terima kasih dan aku maafkan yang lain-lain tapi paling terbaik adalah gunakanlah media sosial sebagai benda berfaedah. "Doakanlah benda yang baik untuk dia," katanya. Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015. Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.