suria

Bella Dally tidak la nak kongsi foto seksi sebegitu

Bella jawab kekeliruan netizen. Foto Instagram @belladally

PELAKON Bella Dally berasa lucu dan geli hati apabila dimaklumkan oleh ibunya mengenai berita yang mempersoalkan cara dia berpakaian.

Menurut Bella, 27, dia hanya mampu tertawa dan menjelaskan dirinya masih mampu berfikir sebelum memuat naik sesuatu foto di laman sosial.

"Ibu hantar ini (paparan skrin sebuah artikel) pagi tadi, lepas itu saya tergelak.

"Come on guys, awak fikir saya orang yang terlalu cuai dan sanggup post benda macam itu? Mestilah saya ada pakai inner top (pakaian dalam yang menutup tubuh)," katanya.

Perkongsian Bella di Instagram.

Bella menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan ada menulis artikel mengenai kekeliruan netizen tentang pemakaian Bella yang dilihat agak seksi.

Dalam pada itu, pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta ini meminta orang ramai sentiasa berfikiran positif dan menyemai sifat kasih sayang antara satu sama lain.

Posting yang di muat naik Bella menerima komen positif pengikutnya yang meminta aktres ini bersabar dengan andaian dan tuduhan melulu netizen itu.

"Sabar, mereka ini memang suka cari benda yang negatif, orang begini memang bermasalah," komen pengikut.

Bella Dally

Artikel Lain