PENYANYI As'ad Motawh mendedahkan dia nyaris patah hidung dan jari gara-gara terlalu giat menjalani latihan tarian untuk lagu terbaharunya berjudul Percaya. As'ad, 17, memberitahu dia juga terpaksa menanggung kesakitan pada perutnya kerana latihan itu sehingga perlu memakai pembalut bagi mengelakkan ia bertambah teruk. "Hampir patah hidung dan jari ketika saya berlatih untuk Percaya. Latihan juga membuatkan bahagian perut saya sakit sehingga terpaksa memakai pembalut bagi melegakan kesakitan," tulisnya di media sosial. Status As'ad di Twitter. Pun begitu kata As'ad, keadaannya tidak membimbangkan dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi peminatnya walaupun terpaksa berhadapan risiko tercedera. "Harap anda semua sukakan lagu baru saya nanti. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi peminat saya," tulisnya. Dalam perkembangan lain, As'ad yang sering menjadi perhatian peminat berhubung penampilan dan fesyen berjenama yang digunakan memberitahu dia tidak cuba bersikap menunjuk-nunjuk. Sebaliknya apa yang dilihat itu tidak menggambarkan keseluruhan situasi sebenar kerana barangan mewah yang digunakan kerana dia terlibat dengan kempen atau bertindak sebagai jurucakap selain tajaan. "Jika anda lihat saya memuat naik barangan berjenama atau anda fikir saya menunjuk-nunjuk, saya cuma ingin beritahu anda semua yang itu sama ada kempen, jurucakap atau ia tajaan," tulisnya di Instagram. As'ad Motawh. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen status berkenaan, peminat memberitahu mereka sentiasa berada di belakang As'ad walaupun ada pihak cuba menjatuhkan dirinya. Kata mereka lagi, tuduhan itu dibuat terhdapnya berkemungkinan sifat dengki dan sengaja ingin mencari kesalahannya. "Kami percayakan kamu As'ad! Mereka cemburukan awak. Bersabar ya," tulis peminat. nya peminatnya.