PELAKON Tony Eusoff memberitahu dia lebih selesa hidup membujang dan enggan terlalu memikirkan tentang jodoh atau perkahwinan. Meskipun tanpa pasangan, Tony atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 41, berkata, dia melalui hari-hari mendatang dengan penuh gembira. "Sejujurnya saya sangat selesa membujang begini, perancangan nak kahwin itu sudah 'ke laut'... apa saya boleh kata, hidup bujang begini tak stres dan lebih seronok. "Perkahwinan bukan matlamat saya lagi, kalau orang kata hidup single ini buatkan kita jadi stres, kita tak tahu orang yang dah kahwin pun ada tekanannya. Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah) bergambar bersama barisan pelakon Orang Itu. Foto: IZZRAFIQ ALIAS "Nak fikir fasal isteri lagi, anak-anak lagi. Sama saja stres! Jadi biarlah saya bujang begini dulu, senang bergerak kesana-sini," katanya kepada mStar Online. Tony ditemui semasa malam gala tayangan filem Orang Itu (Jade Ribbon Campaign) yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa. Tayangan filem tersebut bertujuan mengutip dana bagi tabung penyakit Hepatitis yang dianjurkan oleh Persatuan Membasmikan Hepatitis Malaysia Tony berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan membuka kiosk menjual sosej di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Ia dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan turut dihadiri oleh barisan pelakon antaranya Tony, Carmen Soo, Sawyer Leong dan KK Wong. Dalam pada itu, Tony bersyukur kerana ibunya sangat memahami dan tidak pernah mendesak supaya mendirikan rumah tangga. "Emak tak pernah menekan atau bertanya mengenai perkahwinan, dia sangat memahami dan mengerti situasi saya. "Selalunya yang bertanya ini hanya orang luar sahaja, selagi keluarga saya faham itu sudah memadai dan membuatkan saya bahagia," katanya yang kini mula aktif dalam bidang perniagaan makanan.