PELAKON Datuk Aaron Aziz menegaskan dia tidak pernah terlibat dengan sebarang perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin. Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 42, berkata, dia menerima banyak mesej dan emel berhubung perkara tersebut berikutan beberapa artikel palsu mengaitkannya dengan perniagaan itu yang tersebar di internet. “Assalamualaikum semua, saya terima banyak mesej dan email tentan Bitcoin dan bagaimana saya mendapatkan wang melalui perniagaan itu. “Tolong jangan terpedaya, itu semua penipu!,” ujarnya. Aaron meminta agar tiada pengikutnya yang terpedaya dengan apa yang dibaca di internet. Aaron turut memuat baik artikel palsu serta posting mendakwa dirinya antara pengguna yang menjana pendapatan melalui mata wang tersebut. Sementara itu, Aaron berkata, dia tidak tahu dan terlibat penggunaan mata wang berkenaan dan meminta peminat tidak mudah terpedaya sekiranya membaca sebarang artikel mengaitkan dirinya dengan perniagaan itu. “Saya tidak tahu apa-apa dan saya tidak terlibat dengan ini semua! Ini semua tipu, jangan mudah percaya apa yang anda baca di internet,” ujarnya.