suria

“Video peribadi itu antara saya dan suami” - Ayu Raudhah komen video nakal mirip Zaquan

Ayu Raudhah terlebih awal mengetahui video nakal suaminya. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

PELAKON Ayu Raudhah memberitahu video kontroversi mirip suaminya iaitu pemain bola sepak Kuala Lumpur iaitu Zaquan yang tersebar baru-baru ini adalah foto peribadi mereka yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab. 

Ayu berkata, dia enggan mengulas lanjut dan menganggap perkara tersebut sebagai satu isu sensitif yang tidak perlu dihebahkan kepada umum.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak.

Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha. Foto: Instagram, Ayu Raudhah.

“Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,” ujarnya kepada mStar Online.

Ayu ditemui pada majlis pelancaran sistem keselamatan dan pendidikan kanak-kanak di Wisma Smart Reader, di sini, pada Selasa.

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mengulas kontroversi video nakal mirip Zaquan yang tersebar dan menjadi topik perbualan di media sosial baru-baru ini.

Video yang tersebar itu memperlihatkan individu mirip Zaquan memakai seluar dalam berwarna putih beraksi di hadapan kamera.

Dalam pada itu Ayu berkata, dia terkejut dan kesal dengan perkara yang boleh menjejaskan nama dan reputasi suaminya.

Ayu bersama dua anaknya.

“Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

“Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.

Sementara itu, bercakap tentang prasekolah Smart Reader, Ayu berkata, dia menghantar dua orang anaknya sejak setahun lalu. 

Katanya, pencapaian dua anak lelakinya sangat membanggakan dan kini sudah boleh membaca. 

“Smart Reader berbeza dengan tadika biasa kerana dia memberi fokus kepada setiap pelajar dan tidak biarkan mereka ketinggalan. 

“Sekarang baru empat tahun sudah boleh membaca, malah dia sudah belajar tulis surah Al Fatihah siap baris sekali,” ujarnya.

Ayu Raudhah, Zaquan Adha

Artikel Lain