suria

“Terasa macam dia orang syok sendiri…” - Haqiem Rusli

Haqiem Rusli fokus kepada perkara positif dalam kehidupan dan kariernya.

KONTROVERSI yang melanda nama penyanyi remaja Haqiem Rusli sebelum ini menyebabkan dia sering menjadi sasaran haters (pembenci) yang sering melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.

Bagaimanapun kata Haqiem, dia mula sedar sebagai selebriti dia tidak perlu melayan segala kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Malah katanya, dia mula berasa seronok apabila tidak melayan 'haters' yang cuba menjentik kesabarannya di laman sosial.

Status Haqiem mendapat perhatian pengikutnya di Twitter.

"Rasa seronok bila tak layan haters ni. Terasa macam diaorang syok sendiri tweet tanpa dibalas.

"Mungkin kiddo. Ops. Jangan marah gurau je!," tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, ramai peminat setianya menyokong tindakannya itu dan meminta penyanyi itu memberi fokus kepada karier seni dan mereka yang menghargainya.

Antara komen peminat di Twitter. 

Malah ramai merasakan Haqiem sepatutnya sudah lama berbuat demikian dan menjalani kehidupan dalam persekitaran positif.

"Baguslah akhirnya Haqiem dah sedar. Tak perlu buang masa layan mereka yang tidak memberi manfaat dan kebaikan.

"Doakan supaya mereka dapat hidayah dan kebahagian hidup. Haqiem rileks sahaja. Abaikan mereka. Tak membantu apa pun," kata salah seorang peminatnya di Twitter.

Haqiem Rusli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain