suria

Nad Zainal kongsi pengalaman dibayar RM90 ‘shooting’ habis 1 pagi

Nad imbau kembali kenangan menjadi pelakon tambahan ketika sedang menuntut di ASWARA. Foto Instagram @nadzainal

DEMI mengejar cita-cita bergelar pelakon dan ingin mencari duit tambahan, Nad Zainal berkata dia pernah 'ponteng kelas' dan tidak menghadiri kuliah di kolej.

Menurut Nad, 27, semasa menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), dia menjadikan kerjaya lakonan sebagai sumber menjana pendapatan sampingan.

"Dulu masa jadi extra filem Cicak Man di Muzium Telekom, saya ponteng kelas di Aswara untuk dapat duit poket. Selepas turun tren di Masjid Jamek nampak orang shooting terus tanya “nak jadi extra boleh?” Inilah cara saya jalani hidup masa belajar, saya jadi extra," tulisnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal memang dari dulu pilih drama berat sebab lebih mencabar

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 3 minggu Nad Zainal minta suami keluar rumah

Sementara itu, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 ini memberitahu dia mula mengenali aktres Sharifah Amani ketika menjalani penggambaran filem itu.

Bermula daripada pertemuan itu, dia memasang impian dan berazam untuk menjadi seperti pelakon tersebut.

"Saya nampak Sharifah Amani masa tu dia pakai cermin mata hitam pegang tongkat, rambut pixie cut, putih gebu, duduk seorang diri (method la tu), dia berlakon jadi buta dalam cerita tu.

Nad berkongsi pengalamannya semasa menjadi pelakon tambahan dalam filem Cicak Man.

"Sambil saya memerhati Sharifah Amani waktu itu, saya berazam, 'satu hari aku nak jadi macam dia'," katanya.

Meskipun perlu berada di set penggambaran sehari suntuk dengan bayaran yang tidak terlalu tinggi, Nad berasa seronok dengan pekerjaan sampingannya itu.

"Masa tu panas rembang tapi kena sarung jaket tebal dan beanie, kononnya tengah musim salji di Metrofulus (bandar dalam filem Cicak Man)

"Kau tau Nani (nama panggilan Sharifah Amani), aku dapat RM90 time tu, shooting dari pukul 8 pagi sehingga 1 pagi, dapat beli McDonald dah cukup seronok," ceritanya.

Filem Cicak Man 2 arahan Yusry Abdul Halim ditayangkan di pawagam pada Disember 2008.

Selain Sharifah Amani, ia turut dibintangi oleh Saiful Apek, Fasha Sandha, Datuk Aznil Nawawi, Yasmin Hani, Yusry KRU, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie.

Nad Zainal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain