suria

Foto Aafiyah dikongsi selepas dapat izin suami - Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata dia hanya akan berkongsi foto dan video mengenai anak kesayangan, Siti Aafiyah setelah menerima keizinan suami.

Menurut Siti, 39, dia perlu mendapatkan pandangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang perkongsian di laman sosial.

“Sebelum kongsi foto atau video Aafiyah, saya akan tunjuk pada Datuk K dahulu dan minta cadangan dulu sama ada sesuai atau tidak.

“Kalau Datuk K rasa tak sesuai dia akan beritahu. Sejujurnya, dulu pernahlah sekali saya padam gambar yang dah post sebab suami kata tak berapa sesuai dikongsi.

Siti Nurhaliza (tengah) bersama keluarga dan kanak-kanak yang menerima sumbangan akibat masalah jantung. FOTO: Kaki5Photo

“Ada juga yang tanya tak mahu buat Instagram peribadi untuk Aafiyah ke? Rasanya buat masa ini belum lagi,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Anta Permana ini ditemui semasa pelancaran kempen SimplySiti Di Hati 2018 yang diadakan di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap mengenai kempen SimplySiti Di Hati 2018, ia merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pesakit jantung dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

“Untuk setiap pembelian rangkaian produk SimplySiti melebihi RM100, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

“Buat masa ini kita fokuskan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung dahulu.

Siti Nurhaliza bersama anaknya, Aafiyah. FOTO: Instagram Siti Nurhaliza.

“Oleh itu, orang ramai dan pengguna produk ini boleh menyertai kempen tersebut bagi meringankan beban keluarga pesakit, sambil membeli sambil beramal,” katanya.

Menurut rekod, kempen SimplySiti di Hati dilancarkan sejak 2011 dan sudah membiayai kos pembedahan 11 kanak-kanak pesakit jantung daripada keluarga kurang berkemampuan.

Untuk edisi kali ini, tiga kanak-kanak pesakit jantung termasuk bayi berusia 10 bulan bakal menjadi kumpulan penerima pertama kempen tersebut.

Aafiyah, Siti Nurhaliza, Datuk K

Artikel Lain