suria

Peminat keliru antara Syifa dan Syatilla Melvin

Peminat keliru wajah Syifa dan Syatilla Melvin.

PELAKON baharu Syifa Melvin menyatakan ramai yang sering keliru antara dia dan kakaknya iaitu Syatilla Melvin.

Syifa berkata dia juga pernah diajak bergambar dengan peminat tanpa menyedari dia bukanlah Syatilla namun dia tidak menolak bagi mengelakkan rasa malu pihak tersebut.

“Dulu sebelum saya aktif sebagai model dan selebriti media sosial ramai tidak kenal dan keliru saya dengan Syatilla.

“Ada yang menegur dan ajak bergambar tapi saya ikutkan kerana tak mahu dia orang rasa malu,” ujarnya kepada mStar Online.

Syifa ditemui pada majlis pelancaran drama #SisCuba yang diadakan pada Rabu.

Syifa, Sarah dan Nabila merupakan teraju utama drama Sunslik #Siscuba. FOTO ARIFFIN SULAIMAN

Drama mini ini akan ditayangkan pada 27 November, pukul 9.50 malam di TV3.

Selain Syifa, drama tersebut dibintangi oleh Nabila Razali, Sarah Suhairi dan Aiman Hakim Redza.

Dalam pada itu, Syifa berkata, dia tidak menumpang populariti Syatilla untuk berada dalam industri seni.

“Saya tidak mahu tumpang populariti Syatilla sebab itu bermula sebagai model dan Instafemes. Dari situ juga orang mula menganali Syifa sebagai Syifa dan bukan Syatilla Melvin,” ujarnya.

Selain itu, Syifa berkata, dia sudah bersedia untuk menanggung risiko dan kecaman yang menjadi lumrah artis Malaysia.

Katanya, perkara itu sudah dilalui sejak mula dikenali sebagai selebriti media sosial dan mempunyai ramai pengikut.

“InsyaAllah sudah bersedia untuk terima kecaman kerana sejak mempunyai pengikut laman sosial ada juga netizen yang kecam dan tegur jika ada yang mereka tidak gemar,” ujarnya.

Syifa Melvin, Syatilla Melvin

Artikel Lain