suria

“Dari situ kita tahu betapa 'nazak' manusia macam ni” - Ruhainies berang netizen persoal kekasih bacakan surah Yasin

Ruhainies sedih niat baik kekasih membacakan surah Yassin menjadi lawak jenaka netizen. Foto Instagram @ruhainies7

PELAKON Ruhainies berasa sedih melihat sesetengah netizen seakan-akan kurang didikan agama apabila mempersoalkan perbuatan kekasihnya, Mr. E membacakan surah Yasin setiap hari ketika dia sakit.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, berkata dia ada terbaca komen netizen yang mengatakan bacaan surah tu hanya untuk orang yang sudah meninggal dunia.

"Saya terbaca beberapa komen yang mempersoalkan kenapa kekasih saya baca surah Yasin, saya dah nak mati ke. Sampaikan benda baik pun dibuat main-main dan dijadikan bahan lawak serta kutuk.

"Jadi dari situ kita tahu betapa ‘nazak’ manusia macam ni. Tak semua tapi segelintir. Kurangnya agama, mereka ingat baca surah itu hanya untuk orang nak mati atau orang sudah meninggal dunia.

Luahan Ruhainies di laman Twitter.

"Sedih apabila tengok ramai yang masih kurang didikan agama. Mereka fikir dengan menutup aurat dah sempurna, tapi ilmu kosong," katanya kepada mStar Online.

Ruhainies diminta mengulas mengenai status kemarahannya terhadap netizen yang mempersoalkan berita sebuah portal online yang menulis artikel mengenai kekasihnya baca surah Yasin untuknya.

Dalam pada itu, pelakon drama Tiada Cinta Sepertimu ini memberitahu, untuk mengukur keimanan seseorang bukan hanya melihat dari segi pemakaian atau luaran penampilan.

Baginya, dia bersyukur sekurang-kurangnya masih ada seseorang yang mahu membacakan surah itu untuknya ketika masa hidup walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Ruhainies sedih dengan kecaman netizen.

Menurut Ruhainies, tidak semestinya orang yang tidak menutup aurat kurang pengetahuan yang luas apabila berbicara mengenai bab agama.

"Nak ukur iman seseorang itu bukan melalui pemakaian atau luaran. Bagi saya dah bersyukur sekurang-kurangnya ada orang bacakan Yasin untuk saya masa hidup walaupun dalam keadaan kurang sihat.

"Tak kan mati baru nak baca kan. Yasin ni bukan dibaca untuk orang sudah tiada saja. Nabi Muhammad s.a.w pun baca Yasin setiap pagi untuk melancarkan harinya. Saya malas nak komen kat netizen yang hati kotor sebab bagi mereka apa yang kita jawab semua mereka ada jawapan.

"Bila sentuh bab agama ni sangat sensitif. Jangan fikir orang tak bertudung tu kurang agama dari yang menutup aurat. Semua itu bukan ukuran. Yang menjadi ukuran antara dia dengan Allah," katanya.

Ruhainies

Artikel Lain