PELAKON Rozita Che Wan meluahkan rasa bersyukur apabila dia dan suaminya, Zain Saidin sudah melepasi fasa pertama alam perkahwinan. Bagaimanapun Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 45, memberitahu ada pihak yang bercakap hal buruk mengenai rumah tangga dia dan Zain tanpa pengetahuannya. Menurutnya, dia mengetahui perkara tersebut apabila media bertanyakan kepadanya mengenai gosip aktres itu sudah melantik peguam untuk menguruskan perceraiannya. ARTIKEL BERKAITAN: "Rumah tangga ada pasang-surutnya" - Che Ta jawab dakwaan bakal fail cerai ARTIKEL BERKAITAN: Mahu hidup 55 tahun lagi bersama Che Ta, ini jawapan jujur Zain Saidin! Rozita dedah ada pihak bergosip perkara tidak baik mengenai rumah tangganya. "Alhamdulillah... Dah lepas fasa pertama perkahwinan. Rupa-rupanya ada yang dok (duduk) bergosip benda tak elok pasal rumah tangga kami. "Kami tahu pun apabila media tanya... Ayooo... Tak apa lah. Tu kan gosip! Doa yang baik-baik okey," kata Che Ta. Rozita mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada Selasa. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Kak Marr ini mengucapkan terima kasih kepada semua peminat mendoakan yang baik-baik buat dia dan suaminya. "Terima kasih semua yang beri ucapan yang baik-baik untuk kami. Hanya Allah yang dapat membalas doa-doa anda semua," tulisnya. Rozita dan Zain sambut ulang tahun perkahwinan yang kelima. Menerusi laporan mStar Online pada 5 Disember lalu, dia terkejut apabila timbul khabar angin rumah tangganya dengan Zain berhadapan masalah. Malah, Rozita turut menafikan dia adalah individu yang didakwa bakal memfailkan perceraian di mahkamah syariah. Rozita dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun. Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinan pertamanya.