suria

3,000 peminat termasuk artis popular meriahkan Sorak Bola Suria sempena Piala AFF Suzuki 2018

Seramai 3,000 peminat memenuhi Restoran Hakim di Seksyen 7, Shah Alam bagi menyaksikan perlawan akhir Piala AFF Suzuki 2018 pada Sabtu lalu.

TAYANGAN Sorak Bola Suria sempena perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 pada hari Sabtu lepas meriah dengan kehadiran hampir 3000 orang penonton di Restoran Hakim, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Acara Sorak Bola Suria yang merupakan anjuran stesen radio Suria ini sudah bermula seawal jam 6.00 petang dan melibatkan penyampai-penyampai Suria seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, DJ Lin, Halim Othman dan Naim Hashim.

Sorak Bola Suria turut digamatkan dengan kehadiran artis-artis popular seperti Aiman Tino, Andi Bernadee, Sarah Suhairi, Amir Masdi, Ariff Bahran, Luqman Faiz, Dadilia Band, Usop, Sheryl Shazwanie dan Chubb-e.

Aiman Tino antara selebriti yang hadir. 

Penonton yang hadir bukan sahaja dapat bertemu empat mata dengan penyampai Suria dan artis popular, malah turut terlibat dalam beberapa aktiviti yang diadakan antaranya seperti Timbang Bola dan Sesi Jawab & Menang yang membawa pulang hadiah seperti kasut, bola, jersi tajaan Figos Sportwear dan barangan eksklusif Suria.

”Seperti acara Rentap Rusia yang lalu, kali ini Suria teruja untuk bersama-sama peminat untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam.

Malah, Suria turut belanja 200 gelas teh tarik kepada peminat yang memuat turun aplikasi Suria di telefon bimbit mereka,” kata Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Sorak Bola Suria ini adalah acara kedua yang melibatkan tayangan perlawanan bola sepak yang dianjurkan oleh Suria selepas Rentap Rusia 2018.

Sorak Bola Suria

Artikel Lain