suria

Bimbang tak dapat kawal diri ‘birthday’ Wany Hasrita patutnya berkonsepkan Bollywood, jadi kesultanan Melayu

Wany Hasrita dah cecah usia 26 tahun. FOTO: SHAARI CHE MAT

PENYANYI Wany Hasrita pada awalnya ingin mengadakan sambutan hari lahirnya yang ke-26 berkonsepkan Bollywood namun atas permintaan ibunya, Norita Jaafar, dia menukar tema kepada kesultanan Melayu.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia beruntung memiliki kelab peminat yang bertungkus lumus menguruskan majlis tersebut yang diadakan di LanaiTamu Event Hall pada malam, Ahad lalu sehari awal daripada tarikh hari lahir sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nyaris tukar Wany Hasrita kepada bayi lain kerana tak henti menangis

“Sebenarnya pada mulanya, saya nak buat tema Bollywood sebab memang saya minat sangat teja tu. Tapi bila berbincang dengan ibu, dia kata tak payah la.

Wany Hasrita (kanan) bersama ibunya Norita Jaafar. FOTO: Shaari Che Mat

“Sebab takut saya tak dapat mengawal diri seronok menari pula. Jadi, saya tukar kepada kesultanan Melayu. Nampak lagi meriah dan warna-warni.

“Alhamdulillah, saya rasa bertuah ada kelab peminat yang semangat dan bertungkus lumus membuat persiapan dan menguruskan majlis ini. Terima kasih kepada semua peminat saya,” kata Wany kepada mStar Online.

Wany ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 26 tahun di LanaiTamu Event Hall, Neo Damansara, Petaling Jaya pada Ahad.

Majlis hari lahir penyanyi lagu Menahan Rindu itu disambut meriah bersama peminat-peminatnya dengan menggayakan pakaian tradisional kesultanan Melayu.

Majlis itu turut dihadiri beberapa orang rakan selebriti antaranya Amira Othman, Ara Johari dan Noraniza Idris.

Wany diapit peminat-peminatnya yang berpakaian tradisonal kesultanan Melayu.

Dalam pada itu, menginjak usianya ke 26 tahun ini Wany mahu lebih memberi tumpuan kepada karier seninya dan memiliki sebuah rumah pada tahun hadapan.

“Nak ke tepi semua yang tak ada kaitan dengan perjalanan karier seni saya dan perkara yang buang masa. Usia saya pun dah meningkat dan saya perlu fokus pada keutamaan sahaja.

“Insya-Allah tahun hadapan, saya akan lebih bekerja keras untuk kerjaya saya dan nak beli rumah pada tahun hadapan,” ujarnya.

Wany merupakan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 31.

Wany Hasrita

Artikel Lain