suria

Disindir kembali sebagai Inspektor Aleza, Abby Abadi minta buktikan dia pernah kata tak boleh berlakon!

Abby Abadi bakal kembali dalam drama kepolisian Gerak Khas.

KEPUTUSAN pelakon Abby Abadi untuk kembali beraksi menerusi drama kepolisian Gerak Khas musim terbaharu mendapat sambutan baik dalam kalangan peminatnya.

Ramai yang memberitahu merindui wataknya sebagai Inspektor Aleza yang kali terakhir membuat kemunculan dalam siri itu sekitar 11 tahun lalu.

Pun begitu, dalam sokongan diterima daripada peminat apabila memberitahu bakal kembali berlakon, ada juga segelintir mempertikaikan tindakannya itu dan secara sinikal menyindirnya sama ada berlakon itu halal atau pun tidak.

"Berlakon kira halal ek ustazah Abby," tulis netizen di Instagramnya.

Antara salah satu babak dalam Gerak Khas.

Tidak berdiam diri dengan kritikan itu, Abby berkata dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa tidak boleh berlakon dan meminta membuktikan perkara itu.

Sebaliknya kata Abby dia hanya pernah berkata bahawa lakonan atau apa sahaja pekerjaan akan menjadi salah jika tidak membawa Islam bersama.

"Apa yang saya tentukan? Bila saya kata tak boleh berlakon langsung tu? Cuba buktikan... Yang pernah saya kata, salah berlakon atau apa sahaja kerja bila tak bawa Islam bersama.

"Arak yang awak bagi contoh tu dah tentu-tentu jelas dalam haramnya. Kalau rasa beriman sangat, berilmu sangat, jangan main Instagram ni.

Status Abby yang mengesahkan dia bakal kembali ke TV.

"Banyak jer gambar, video perempuan dalam ni. Duduk jer sensorang dalam hutan tu dik... Sekian," tulisnya.

Terdahulu Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 41, mengesahkan bakal kembali memasuki set penggambaran Gerak Khas pada Januari ini.

Kata Abby, dia menerima tawaran itu daripada produser dan pengarah Datuk Yusof Haslam pada bulan lalu.

Rakan-rakannya dalam kumpulan Elita seperti Watie Sadali dan Azzarima turut gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan selamat kembali ke dunia lakonan kepada Abby.

Abby Abadi, Gerak Khas

Artikel Lain