suria

Sweet Qismina terbayang arwah kakak ketika Elfira Loy nikah

Sweet anggap Elfira seperti kakak kandungnya.

PELAKON Sweet Qismina menganggap detik manis pasangan Elfira Loy dan suaminya Faris Anuar diijabkabulkan pada Selasa seperti melihat kakaknya yang mesra disapa Kak Pearl berkahwin.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 21, berkata, dia menghormati dan menyayangi Elfira seperti ahli keluarganya sendiri.

"Di saat suami awak lafazkan akad nikah, apa yang ada dalam kepala saya, 'kak Pearl, akhirnya dia berkahwin'. Awak tahu betapa manis dan keluarga sayang kak El.

"Awak adalah seseorang yang saya puja, seorang yang saya hormati, dan seseorang yang saya sayang, sebanyak yang saya sayang seperti kakak sendiri.

"Melihat awak dengan memakai busana putih, rasa gembira tu lain sangat. Terasa macam kak Pearl yang kahwin," kata Sweet.

Sweet bersama arwah kakaknya yang dikenali sebagai Pearl (kanan).

Sweet telah kehilangan kakaknya iaitu Pearl atau nama sebenar Farhanna Qistina pagi 1 syawal pada 18 Jun 2015.

Arwah kakak Sweet meninggal dunia selepas Proton Perdana dinaiki dia sekeluarga dilanggar dari belakang oleh kereta jenis BMW.

Ia mengakibatkan kereta dinaiki keluarga malang ini terbabas dari laluan mereka sebelum dirempuh oleh bas ekspres dari arah bertentangan di Jalan Kuching.

Bagaimanapun, ketika itu Sweet, ibu dan adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Sweet gembira lihat Elfira bahagia.

Dalam pada itu, Sweet meluahkan rasa gembira apabila Elfira sudah menjadi milik seseorang yang dia percaya akan menjaga, membimbing dan menyayangi wanita itu.

"Saya gembira untuk awak kak El, sangat gembira. Akhirnya, awak milik seseorang yang saya percaya akan menjaga, membimbing dan sayang awak sampai bila-bila.

"Sudah tentu permulaan 2019 yang baik. Tahniah kakak," katanya.

Elfira dan pasangannya selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi, Selasa di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya dalam majlis tertutup.

Sweet Qismina, Elfira Loy

Artikel Lain