suria

Ada sebab Amira Othman sepi selama setahun

Amira mahu kembali aktif dalam bidang lakonan.

PENYANYI Amira Othman mengakui sukar untuk mencari sebuah karya yang berkualiti menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan lagu terbaharu.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 26, berkata dia enggan mengeluarkan lagu tanpa ada kesungguhan hanya disebabkan mahu dilihat aktif dalam dunia seni.

"Memang sudah lama saya tak keluarkan lagu sebab tak jumpa lagu sedap dan berkenan di hati. Saya tak nak la keluar lagu macam tak bersungguh tapi hanya sebab tak nak senyap dari industri muzik.

Amira sukar mencari lagu yang berkenan di hati.

"Jadi, saya ambil jalan untuk biarlah lambat, asalkan berkualiti. Sekarang ni baru saya rasa betapa susahnya nak dapat lagu yang bagus.

"Nak kekalkan momentum tu bukan sesuatu yang mudah sebab sebelum ini Alhamdulillah lagu-lagu saya diterima baik," kata Amira kepada mStar Online.

Kali terakhir Amira mengeluarkan single iaitu Mimpi Indah pada Januari tahun lalu dan lagu terbaharu duet bersama adiknya, Irfan Haris berjudul Sambil akan dilancarkan pada bulan ini.

Amira bakal ceburi bidang perniagaan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hati-Hati ini mahu kembali aktif dalam bidang lakonan dan bakal menceburi bidang baharu iaitu perniagaan pada tahun ini.

"Sebelum ini ada tawaran berlakon dalam drama siri tapi saya nak berehat dari dunia lakonan pada tahun lalu.

"Insya-Allah tahun ini perancangan memang nak kembali aktif semula dan ceburi bidang perniagaan juga.

"Masih dalam perancangan sama ada nak keluarkan produk atau shawl. Kalau betul-betul dah selesai semua urusan, mungkin akan lancarkan sekali dengan single terbaharu," katanya.

Amira Othman

Artikel Lain