suria

Sudah lapan bulan bercerai, Nazim masih ditanya 'mana Bella Dally?'

Nazim dan Bella Dally bercerai pada 2 Mei 2018.

BIARPUN sudah hampir setahun bercerai, pelakon Nazim Othman masih lagi menerima soalan daripada netizen tentang bekas isterinya, Bella Dally.

Menerusi pertanyaan di Instastory, Nazim memuat naik soalan netizen bertanyakan di mana Bella Dally dan mengapa mereka berdua sudah jarang bergambar bersama.

Sebagai tindak balas, pelakon drama Monalisa ini dalam posting yang sama turut memuat naik paparan skrin beberapa artikel berita yang melaporkan kisah perceraiannya sebagai jawapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya


Nazim jawab soalan netizen tentang Bella Dally.

"Oh... semoga lampiran ini menjawab persoalanmu secara konklusif," tulisnya.

Nazim dan Bella Dally yang menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun berkahwin pada 10 September 2016, tanpa dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, hubungan tersebut gagal dipertahankan dan kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 2 Mei 2018.


Nazim Othman

Artikel Lain