suria

"Jangan bimbang, saya OK" - Linda Rafar minta diberi ruang untuk berfikir

Linda minta diberi ruang untuk berfikir.

PELAKON Linda Rafar memberitahu dia berada dalam keadaan baik walaupun memilih untuk berdiam diri berhubung kontroversi notis permohonan maaf kepada seorang jururawat yang tular di media sosial minggu lalu.

Linda berkata, dia juga berterima kasih kepada peminat yang mendoakan serta memberi ruang kepadanya untuk berfikir.

"Kepada pengikut saya, jangan bimbang, saya okey. Its okay to keep silent than being bold. For bold could be injurious and silent could be gold. (Lebih baik berdiam diri daripada menjadi berani).

"Alhamdulillah, terima kasih atas doa, prihatin dan memahami serta memberi ruang untuk saya bernafas dan berfikir," katanya dalam satu posting di Instagram, Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: DON mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat


Linda pilih untuk berdiam diri.

Tambah anggota kumpulan Elite ini, dia akan memberitahu semua perkembangan mengenai kes itu dari masa ke semasa.

Pada Khamis lalu, Linda Rafar diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf berhubung satu paparan skrin yang dianggap mengundang persepsi negatif ke atas seorang jururawat yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Kontroversi tercetus apabila Linda meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam tempat ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73, dirawat.

Menerusi luahan yang dimuat naik di laman sosialnya, dia mendakwa permintaan untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari jam 3 pagi hingga 1.30 petang pada minggu lalu.

Linda Rafar, jururawat

Artikel Lain