NADIA, isteri kepada pelawak Tauke Jambu memohon maaf kepada suaminya dan mengakui semua yang berlaku berpunca daripada kekhilafan dirinya. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 30, berkata dia terlalu mengikutkan perasaan marah sehingga mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya. Malah, Nadia meminta semua orang berhenti mengecam Tauke memandangkan suaminya itu tidak melakukan sebarang kesalahan terhadapnya. "Di sini saya ingin mohon maaf kepada @taukejambu. Ya betul saya yang salah dalam semua hal... Dia tak salah apa. Yang dia katakan tu semua betul. Nadia membuat permohonan maaf secara terbuka. "Kenyataan saya yang silap sebelum ini gara-gara terlalu ikutkan hati baran semua. Jadi awak semua berhenti kecam dia okey. "Dia tak salah... Sekali lagi, saya minta maaf sangat pada @taukejambu," kata Nadia. Nadia membuat permohonan maaf tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu. Pada 5 Januari lalu, Nadia pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa dia dan Tauke sudah berpisah. Nadia dan Tauke masih lagi suami-isteri. Menurutnya, Tauke menceraikan dirinya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp dan ketika itu dia berada di kampung. Tambah Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga. Bagaimanapun, Tauke menafikannya dan mengatakan rumah tangga mereka sedang diuji sehingga isterinya tidak boleh berfikir dengan baik. Nadia dan Tauke atau Zamratul Amri Zakaria, 42, berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan anak pertama, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.