suria

#10yearschallenge... Abby Abadi kongsi kisah bagaimana dia ambil mudah dosa pahala

Abby Abadi kembali berlakon menerusi drama kepolisian Gerak Khas.

SEMENJAK awal minggu ini laman sosial Facebook dan Instagram dipenuhi dengan gambar perbandingan menerusi cabaran terbaharu iaitu 10 Years Challenge.

Ramai di antara selebriti terkenal tanah air juga tidak ketinggalan mencuba cabaran sama termasuk pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

Perkongsian Abby itu mendapat perhatian bukan kerana gambar perbandingan yang dikongsi tetapi kapsyen tentang perjalanannya mencari keredaan Allah sepanjang tempoh itu menyentuh hati.

Abby berkata, dia sangat bersyukur kerana Allah tidak mengambil nyawanya dalam keadaan dia lupa bahawa dirinya adalah seorang hambaNya.

Kata Abby lagi, dia kini bukan lagi orang yang sama dan sepanjang 10 tahun itu pelbagai dugaan menimpa termasuk emosi tidak menentu namun Allah sentiasa ada di sisinya dan sering memberinya peringatan untuk kembali kepadanya.

"Ramai yang bangga apabila nampak sama macam dulu. Eh tiada beza, eh awet muda... Rambut cantik mengerbang indah katanya... Wahal dalam tak sedar masih leka dan terus terleka dengan dunia.

Perkongsian Abby Abadi meninggalkan banyak pengajaran.

"Alhamdulillah Allah izinkan... 10 tahun dulu dengan sekarang, saya bukan lagi orang yang sama. Dengan macam-macam ujian menimpa dengan emosi yang tak menentu, dengan anak-anak yang masih kecil masa tu.

"Allah selalu ada dan selalu beri peringatan untuk saya kembali pada Dia walhal masa saya sesat barat," tulisnya.

Kata Abby lagi, sebelum ini soal dosa dan pahala sering diambil mudah termasuk tentang penjagaan solat, aurat selain melengah-lengahkan taubat.

Kesedaran mula timbul dalam dirinya pada 2012 apabila Allah menghadiahkan sesuatu kepadanya namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hadiah tersebut.

"Awal-awal bercerai tak sedar lagi, dah kena sekali lagi, baru macam terasa bila nak habis bodoh aku ni. Buat baik pun orang 'daejeikan' juga.

"Akhirnya 2012, Allah hadiahkan sesuatu pada saya dan inilah saya hari ini. Nampak macam dah sedar diri sikitkan? Dulu dosa pahala semua ambil mudah. Solat ke laut dalam. Aurat ke laut China Selatan.

"Bila nak taubat? Tua nanti taubatlah kata saya. Yakinnya Abby Abadi ketika itu. Comfirm ke sempat tua tu? Huhu.

"Itulah antara sebab utama kenapa bila Allah bagi hidayah petunjuk pada saya, saya usaha jaga sebaiknya dan saya usaha juga untuk keluarga dan sahabat handai saya.

"Takut dah dengan azab Allah sahabat. Allah suruh solat, solat. Allah suruh jaga aurat, jagaf. Jangan bagi alasan yang entah apa-apa.

Takut nanti tiada rezeki? Rezeki tu pun Dia yang punya... Jadi yakin dan percayalah yang sesungguhnya rezeki halal dan berkat itu lebih baik untuk kita dan keluarga kita," katanya.

Abby Abadi

Artikel Lain