suria

“Hari ini saya dan arwah Johan dapat menantu” - Nora Ariffin

Nora bersama anak lelakinya, Mohd Syakir Iman dan menantunya, Eilya Sofea Azman pada majlis pernikahan mereka yang diadakan pada Sabtu. Foto Instagram @itsnoraariffin

ANAK sulung penyanyi Nora Ariffin iaitu Mohd Syakir Iman, selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Eilya Sofea Azman pada Sabtu.

Nora, 45, memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik gambar bersama pasangan mempelai.

Isteri kepada komposer Allahyarham Johan Nawawi itu dalam kapsyen gambar tersebut turut mendoakan anaknya yang berusia 26 tahun dan menantunya berbahagia sehingga ke jannah selain mengalu-alukan kehadiran Sofea sebagai ahli keluarga mereka.

"Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Hari ini saya dan arwah Johan dah dapat menantu.

Nora gembira dapat menantu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu tak terkata… dia tak pernah mati” - Nora Ariffin

"Mama berdoa Iman dan Sofea bahagia hingga ke jannah. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Welcome to our family my dear Sofea," tulisnya.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.

Syakir yang turut dikenali dengan nama Mosyi pernah menghasilkan sebuah lagu berjudul Bulan itu mengikat tali pertunangan dengan Sofea pada 2017.

Nora Ariffin, Johan Nawawi

Artikel Lain