KELAB peminat Emma Maembong Emanizers turut berasa kecewa dan sedih dengan tindakan pelakon untuk membuka tudung. Bagaimanapun, presidennya, Along Zai berkata, mereka tetap bersama dalam menyokong kerjaya seni pelakon Kimchi Untuk Awak itu. "Kelab peminat tidak menyokong tindakan tersebut (membuka tudung) tetapi tetap bersama meneruskan sokongan karjaya Emma. "Kami tak tahu lebih dari sepatutnya sebab Kami tak campur hal peribadi artis. "Keadaan sebenar apa yang Emma sedang lalui itu mungkin buatkan dia rasa keputusan buka tudung adalah terbaik untuk dia," ujarnya kepada mStar Online. ARTIKEL BERKAITAN: “Dalam tempoh bertudung saya cuba bulatkan hati” - Emma Maembong akhirnya buka tudung ARTIKEL BERKAITAN: “Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu” - Pesanan Ismail Embong Along Zai (tengah) aktif dalam mengerakkan aktiviti kelab peminat The Nizers. ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong ‘diserang’ kongsi foto buka tudung Pada Rabu, dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung selepas lima tahun dengan imej berkenaan. Ia susulan tersebarnya foto dia tidak bertudung bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman. Along Zai berkata, pihaknya menerima pandangan netizen dari sudut positif terhadap isu berkenaan. Malah, mereka tidak menutup ruangan komen di laman sosial kelab bagi membolehkan peminat untuk meluahkan pandangan masing-masing. Dalam pada itu, Along Zai berkata, sebagai peminat paling rapat dengan pelakon itu, dia sentiasa memberi nasihat dan pandangan dari sudut penerimaan peminat. Namun, dia juga faham dan akur dengan keputusan yang diambil pelakon itu. "Dia ada tanya pandangan saya sebelum tu, saya cuma kata tindakan dia memakai tudung adalah tuntutan agama demi menjaga aurat dan niat kerana Allah. "Tapi mungkin Emma nak jadi diri dia sendiri... Namun tindakan itu mengundang kecaman jadi Emma kena tempuh," ujarnya. Dalam pada itu, Along Zai mengakui peminat-peminat di Indonesia agak kesal dan kecewa dengan perkara itu. "Peminat di Indonesia agak agresif dan kecewa, jadi saya dan beberapa ahli lain akan ke Indonesia untuk beri penjelasan. "Bagaimanapun, sejak semalam ramai peminat yang bagi kata-kata positif dan ramai juga yang ingin berdaftar dengan kelab peminat ini,” ujarnya. Selain Emma, kelab peminat bawah kumpulan pertubuhan The Nizer itu turut menguruskan empat artis lain iaitu Wany Hasrita, Seet Qismina, Azrel Ismail dan Eyra Hazali