suria

Che Ta kata tak payah menyanyi, suara macam tercekik sudu… Ezuwan pula tak hirau kecaman

Rozita sindir pereka fesyen mahu jadi penyanyi.

PEREKA fesyen Ezuwan Ismail yang mengambil keputusan untuk menceburi bidang nyanyian tidak terasa hati dengan sindiran pelakon Rozita Che Wan yang dipercayai mengkritik suaranya di laman sosial.

Ezuwan berkata, setiap individu berhak untuk memberikan pendapat mereka masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen Ezuwan Ismail jadi penyanyi, tubuh kumpulan trio E1

"Saya tak patah semangat kerana bagi saya setiap orang mempunyai hak untuk beri pendapat mereka. Saya akan ambil dari sudut positif dan perbaikinya.

"Saya tetap akan teruskan niat untuk lancarkan lagu itu minggu depan," ujarnya kepada mStar Online.

Ezuwan tetap mahu teruskan usaha jadi penyanyi.

Ezuwan mengulas kenyataan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang menyindir seorang pereka fesyen agar tidak menceburi bidang nyanyian jika tidak mempunyai bakat.

"Dulu designer ni pernah cakap artis nak jadi fesyen designer caras market depa, tup tup kami dengar dia nak jadi penyanyi pula.

"Takyah nyanyilah kot macam tercekik sudu ja, menyanyi ka bercakap? Buat baju pun ala-ala kata orang. No heart feeling," tulis Rozita di Instagram pada Isnin.

Ini bukan kali pertama saya kena kecam, saya pun dah lali dengan kritikan orang.

EZUWAN ISMAIL

PEREKA FESYEN

Dalam pada itu, Ezuwan berkata, dia tidak membaca komen-komen di blog hiburan yang memuat naik status pelakon Kiah Pekasam itu berikutan boleh menjejaskan emosinya.

"Sedikit sebanyak memang terganggu emosi, tapi saya elakkan baca komen kerana ia melibatkan perasaan isteri dan orang keliling saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ezuwan berkata, dia sudah lali dengan kecaman sejak terlibat dengan dunia seni sebagai pereka feysen.

"Ini bukan kali pertama saya kena kecam, saya pun dah lali dengan kritikan orang," ujarnya.

Rozita Che Wan, Ezuwan Ismail

Artikel Lain