suria

Along (Cham) tidak lagi dendam bekas isteri, hantar anak ke madrasah

Along Cham bersama anak lelaki tunggalnya, Ahmad Danial. Foto Instagram @alongcham

PELAWAK Along (Cham) memilih untuk menghantar anaknya Ahmad Danial yang berusia tujuh tahun mendapat pendidikan agama di sebuah madrasah di Johor Bahru.

Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35, berkata, dia mahu anaknya kuat untuk berdepan segala cabaran yang bakal ditempuhi pada masa hadapan.

“Saya mahu dia dapat ilmu seimbang dua dan akhirat sebagai bekalan besar nanti.

Along sentiasa mengingatkan anaknya agar menghormati ibunya.

“Kita tahu dunia sekarang penuh cabaran terutama apabila ada media sosial. Saya mahu dia kuat bila berdepan dengan masalah.

“Dia pun semakin membesar dan saya pasti satu hari nanti dia akan tahu sejarah perpisahan saya dan ibunya yang ada di internet. Saya nak dia kuat bila tahu perkara itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Along ditemui pada majlis pelancaran filem pertama Mawi berjudul Tiada Tajuk di Sogo pada Jumaat.

Tinggal kenangan... Along tidak menyimpan dendam terhadap Zila.

Sementara itu, Along berkata, dia sudah memaafkan dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas isterinya, Zila Seeron.

Katanya, dia sentiasa menginggatkan anaknya bahawa wanita itu adalah ibu kandung dan wajib untuk dihormati.

“Saya dah maafkan dia dan mulakan kehidupan baharu. Anak bawah jagaan saya tapi dia boleh datang bila-bila masa untuk tengok.

"Saya pun sentiasa cakap dekat Danial apa pun yang berlaku syurga di bawah kaki ibu,” ujarnya.

Along bersama barisan pelakon filem Tiada Tajuk arahan Mawi.

Along pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron, 30 pada 23 Januari 2010.

Pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak ini ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial.

Along Cham, Zila Seeron

Artikel Lain