suria

‘Diam Saja’ tiada kaitan dengan Izzue, Forteen enggan cari pengganti

Forteen tidak bercadang untuk mencari pengganti Izzue Islam.

KUMPULAN Forteen tidak merancang untuk mencari pengganti selepas salah seorang ahlinya Izzue Islam keluar daripada kumpulan itu pada November tahun lalu.

Ahlinya, Ariz Lufias berkata, perkara itu disebabkan mereka sukar untuk mencari keserasian bersama orang yang baharu dikenali.

“Tidak, kami sudah selesa bertiga buat masa sekarang. Lagi pula untuk mengenali orang baru agak susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam dan Forteen dipertemukan dalam sebuah ‘drama air mata’

“Banyak yang perlu dipertimbangkan, pada awalnya memang pernah terfikir tapi selepas fikir positif dan negatif kami rasa lebih baik bertiga,” ujarnya kepada mStar Online.


Izzue nekad meninggalkan Forteen pada akhir tahun lalu.

Forteen kini dianggotai oleh Ariz, Ameer Rais dan One.

Kumpulan itu ditemui pada majlis pelancaran lagu baharu mereka berjudul Diam Saja yang diadakan di pejabat Indigital pada Jumaat.

Sementara itu One berkata, mereka tidak berdepan kesukaran biarpun ia merupakan lagu pertama mereka dirakam bertiga.

Dalam pada itu, ditanya sama ada lagu Diam Saja ditujukan kepada bekas ahli kumpulan itu, One berkata, ia tidak sama sekali.

Forteen tampil dengan single terbaharu berjudul Diam Saja. Dianggotai oleh One (dari kiri), Ameer Raiz dan Ariz.

“Lepas kejadian itu apa pun yang kami buat orang akan kaitkan dengan Izzue, tapi lagu ini tidak ada kena mengena dengan dia.

“Ia tentang hubungan percintaan dimana berdiam diri lebih baik jika sayangkan sesebuah hubungan,” ujarnya.

Lirik video sudah dimuat naik di Youtube pada 1 Mac lalu.

Lagu tersebut merupakan ciptaan Adam Armin dan Joseph Khan, manakala lirik ditulis oleh mereka bertiga.

Forteen, Izzue Islam

Artikel Lain