suria

Dipuji lakonkan watak komedi dengan Sharif Zero, Shiha Zikir memang ‘ting tong’

Persembahan Shariff dan Shiha terima pujian.

PENYANYI Shiha Zikir mendapat perhatian dan pujian penonton dengan lakonannya dalam sketsa program lawak Bintang Bersama Bintang (BBB) yang berlangsung malam Ahad lalu.

Shiha yang menjadi tetamu undangan untuk pelawak Sharif (Zero) berkata, dia tidak menjangkakan lakonannya sebagai 'kekasih ting tong' berjaya membantu pelawak itu merangkul gelaran juara mingguan.

"Saya sangat terharu kerana ia di luar jangkaan, mula-mula Sharif hubungi saya untuk sertai program itu saya rasa gementar.

"Bagi saya ia tanggungjawab sangat berat dan saya tertekan juga kerana takut ia tidak menjadi atau mencacatkan persembahan itu," ujarnya kepada mStar Online.

Persembahan Sharif dan Shiha yang membawa sketsa bertemakan Bollywood mengisahkan pasangan bercinta yang tidak direstui keluarga.

Aksi penyanyi lagu Pipiyama ini dipuji membawakan watak kekasih yang suka merapu dan 'gila' membuatkan persembahan itu mendapat perhatian.

Dalam pada itu Shiha berkata, watak tersebut bukan sesuatu yang sukar memandangkan dia sebenarnya seorang yang 'gila-gila'.

"Saya seorang yang memang macam di atas pentas itu, jadi ia bukan terlalu yang sukar untuk bawa watak diri sendiri.

"Ia menjadi kerana bantuan Sharif yang beri saya kebebasan dan membuatkan saya selesa untuk buat apa sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, juri tetap Saiful Apek turut memuji persembahan tersebut dan tidak menjangka ia dilakonkan oleh penyanyi itu.

Shiha berkata, ia bukan pertama kali terlibat dengan program lawak, namun BBB merupakan persembahan pertama dilakukan secara langsung dan spontan.

Shiha Zikir, BBB

Artikel Lain