suria

“Saya bangun dalam keadaan menangis” - Itu luah Kaka Azraff

Kaka merindui wajah arwah bapanya yang masih segar dalam ingatan biarpun sudah 20 tahun berlalu.

PENYANYI Kaka Azraff meluahkan rasa rindu yang amat sangat terhadap bapanya, Noor Azraff Aminuddin yang meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 30, jika bapanya masih hidup, Allahyarham akan menjadi orang yang paling gembira bersama lima orang cucu.

"Saya bangun dalam keadaan menangis. Rindu yang amat sangat. 20 tahun, tapi tak pernah sehari Kakak lupakan ayah. Saya rindu ayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kahwin empat hari, Kaka Azraff dedah sikap sebenar suami


Kaka meluahan rasa kerinduan terhadap arwah bapanya.

"Nak masuk lima dah cucu dia, kalau dia ada... Mesti dia orang paling gembira sekali. @jajaazraff @fifiazraff @azrieazraff Al-fatihah buat ayahku, Noor Azraff bin Aminuddin," katanya.

Kaka meluahkan perasaannya itu menerusi laman sosial pada Rabu dan rata-rata pengikut mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Malah, ada juga segelintir peminat yang turut berkongsi pengalaman dan perasaan yang sama apabila kehilangan orang tersayang.

Dalam pada itu, Kaka memberitahu dia terlalu merindui wajah bapanya yang masih segar dalam ingatan biarpun sudah 20 tahun berlalu.

Kaka dan suaminya berkahwin pada Disember tahun lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sibuk ini turut berharap dia dapat bertemu dengan Allahyarham di taman syurga Allah.

"Kaka mimpi ayah. Ayah senyum. Saya rindu wajah ayah. Sudah 20 tahun berlalu tapi wajah ayah masih segar dalam ingatan saya. Kaka rindu ayah. 

"Al-fatihah Noor Azraff Aminuddin. Semoga kita dapat berjumpa di taman syurga Allah. Saya rindu ayah. Saya betul-betul rindu," katanya.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan usahawan bernama Adam Azriff pada 14 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Kaka Azraff

Artikel Lain