suria

Da'i Wan 'sound' Dua Lipa sebab sokong LGBT

Wan Dazrin menyelar kenyataan Dua Lipa mengenai LGBT.

PENDAKWAH bebas, Wan Dazrin menyelar kenyataan penyanyi Antarabangsa, Dua Lipa yang menyatakan sokongan terhadap hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Pemilik nama Wan Dazrin Wan Din ini berkata pendirian yang dinyatakan penyanyi lagu New Rules itu bercanggah dengan fitrah manusia dan tidak boleh diterima sama sekali.

"Shame on you Dua Lipa... Kamu berjuang untuk sesuatu yang tidak betul. Anda menentang sifat normal manusia. Anda menyokong perkara-perkara yang mungkin mempengaruhi dan menghancurkan keturunan kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Parodi Lelaki Jadi Perempuan Dilaknat - Wan Dazrin

"Hak asasi manusia hanya digunakan oleh orang-orang yang tidak mahu belajar dan mengawal hawa nafsu mereka," tulisnya di Twitter.

Dai Wan menyelar kenyataan Dua Lipa mengenai LGBT di Instagram dan Twitter.

Sebelum itu, menerusi laman yang sama, Dua Lipa menyatakan pendiriannya terhadap isu membabitkan golongan LGBT.

Malah penyanyi berusia 23 tahun ini turut menyarankan agar memboikot industri yang diterajui masyarakat anti-LGBT.

"Gay juga punya hak asasi. Boikot sahaja industri serta mereka yang tiada kemanusiaan dan anti LGBT serta undang-undang.

"Tetapkan pendirian hari ini dan terus tunjukkan sokongan. Perjuangan ini tak pernah berakhir," tulis Dua Lipa.

Dai Wan menerima kecaman daripada peminat Dua Lipa.

Susulan daripada teguran Wan Dazrin itu, peminat penyanyi tersebut menyerangnya dengan pelbagai hujah.

Bagaimanapun, dia tetap dengan pendirian dan akan terus menentang aktiviti luar tabii itu.

"Kena serang dengan pengikut antarabangsa dia, tapi mereka takkan boleh lawan umat Islam yang ada di Malaysia, Brunei, Singapore, dan Indonesia kini.

"Sama sekali tidak akan boleh. Kekuatan kami kerana kami berdiri pada landasan yang betul, landasan yang menuntut hak fitrah manusia yang asal bukan yang di luar tabii. #standwithbrunei," tambah Wan Dazrin.

Artikel Lain