suria

“Saya takut disoal jika anda tinggalkan solat” - Haqiem Rusli minta peminat tak lalai dengar lagunya

Haqiem minta peminatnya tidak lalai mendengar lagu dan menonton persembahannya.

PENYANYI Haqiem Rusli meminta peminatnya tidak meninggalkan ibadah dan lalai apabila mendengar lagu atau menonton persembahannya.

Menurut Haqiem, 21, dia memberi peringatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan bimbang akan disoal di akhirat kelak.

"Assalamualaikum, di sini saya akan berterus terang. Antara niat saya dalam muzik hanya untuk mencari rezeki halal, menolong ibu bapa dan membuat orang yang saya sayang tersenyum.

"Jadi apa yang saya nak jelaskan di sini adalah saya takut, jika kehadiran saya melalaikan sesetengah orang.

Haqiem menjelaskan perkara tersebut menerusi laman sosialnya.

"Saya berharap anda janganlah sampai meninggalkan solat kerana bergegas pergi ke persembahan saya, dengar lagu saya sampai melambatkan solat dan banyak lagi. Senang cerita jangan tak lakukan ibadah.

"Saya sangat takut jika saya akan disoal satu hari nanti. Saya ingin lakukan tanggungjawab ini terlebih dahulu," ujarnya.

Penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya pada Khamis.

Rata-rata peminat Haqiem memuji tindakannya yang mengambil berat tentang kewajiban ibadah solat dan berniat baik dalam bidang yang diceburi.

Niat Haqiem ceburi bidang muzik untuk mencari rezeki halal.

Dalam pada itu, Haqiem turut menjelaskan niat menceburi bidang seni hanya untuk mencari rezeki dan menolong ibu bapanya serta membuat orang tersayang tersenyum.

Malah, penyanyi lagu What Can I Do For You ini berharap peminat dapat memahami mesej yang cuba disampaikannya.

"Itu Sahaja,saya harap mesej yang pendek ini dapat membuat anda faham apa yang saya ingin sampaikan," ujarnya.

Haqiem Rusli

Artikel Lain