suria

Che Ta anggap media sosial ‘dajjal kecil’ punca fitnah

Rozita Che Wan menganggap insiden yang menimpa adik iparnya, Lan Pet Pet sebagai perkara biasa.

PELAKON Rozita Che Wan menyifatkan laman sosial seperti Facebook dan Instagram ibarat dajjal kecil dalam menyebarkan fitnah.

Rozita atau Che Ta, 46, berkata insiden yang menimpa adik iparnya, pelawak Lan Pet Pet merupakan fitnah besar yang ditimbulkan pihak tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Umrah bersama Lan Pet Pet ditunda gara-gara tiada sambutan

ARTIKEL BERKAITAN: Semalaman dalam lokap, pelawak pukul pengawal bebas dengan ikat jamin

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak payah cakap dosa, pahala" - Promo umrah Lan Pet Pet diserang netizen

“Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang.

“Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil.

“Perkara seperti ini kalau kita tak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah,” ujarnya kepada mStar.

Che Ta ditemui pada majlis koleksi Rindu Lebaran dan pelancaran lagu raya E1 Band di Publika pada Ahad.

Che Ta berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes yang mengaitkan nama pelawak Lan Pet Pet yang dikatakan membelasah dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Lan Pet Pet menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara insiden membelasah seorang pengawal warga emas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan berbaur sindiran yang dilemparkan terhadap seorang pereka fesyen sebelum ini, Che Ta menjelaskan ia merupakan suatu gurauan untuk melawak.

“Sebelum ini dia pernah perli, artis pun sibuk nak jadi pereka fesyen. Jadi bila saya dengar dia pula nak jadi penyanyi, saya hanya gurau-gurau manja.

“Ayat saya tercekik sudu tidaklah keras sangat. Saya hanya nak buat kelakar sahaja. Hubungan kami sangat baik, saya siap tembah baju tiga pasang dengan Ezuwan.

“Tak tahu la kalau dibelakang dia mengata saya. Sejujurnya, saya suka lagu semalam sahaja dan video klip dia pun cantik,” ujarnya.

Terdahulu, Che Ta mengkritik suara seorang pereka fesyen, Ezuwan Ismail seperti tercekik sudu apabila beranggapan penyanyi itu tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Che Ta menyifatkan laman sosial seperti dajjal kecil.

Artikel Lain