PELAKON Zara Zya berasa sedih dan kecewa apabila ada individu tidak dikenali menghantar mesej hinaan kepadanya yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 34, berkata penghinaan yang dilemparkan itu telah melukakan hatinya, lebih-lebih lagi apabila ia turut melibatkan keluarga. "Hina sangat ke kalau saya nak meniaga? Tak tahulah kenapa, tapi ayat yang dia tulis itu betul-betul buat saya sedih sangat. ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah leher penuh ‘love bite’, Zara Zya tuntut penulis blog mohon maaf "Saya sedar saya ini bukan hebat sangat meniaga. Tapi apa salah saya? Siap cakap fasal famili saya. "Kalau kritikan itu untuk saya saja, saya boleh terima... tapi bila sentuh bab famili, memang saya sedih sangat," tulisnya di Instagram pada malam Isnin. Zara berkongsi paparan skrin mesej daripada individu tidak dikenali. Menerusi muat naik di laman tersebut, Zara berkongsi paparan skrin mesej peribadi yang dihantar individu berkenaan. "Kau tak payah semaklah nak berniaga sana sini, berlakonlah sampai mam***, tu saja yang kau pandai pun. Famili kau kedana sangat ke sampai kena berniaga pula. Mentang-mentang artis, barang kau bukan laku pun," tulis individu itu. Dalam pada itu, pelakon drama Mona Lisa ini berkata dia telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang menceburi bidang perniagaan. Malah, ini juga adalah usahanya untuk membalas jasa kedua ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan dia dan adik-beradik yang lain. Pengikut di Instagram memberikan kata-kata semangat kepada Zara. "Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yang cukup. Inilah masa untuk saya balas balik untuk parents saya. "Saya kena tipu, bukan orang tau. Saya tak tidur pun tak ada siapa tahu. Takkan saya nak canang cerita pula kesusahan saya," ujarnya. Sementara itu, Zara memberitahu produk kosmetik yang dijual olehnya itu bukan daripada sumber haram. Dia turut mencabar individu berkenaan untuk bertemunya secara peribadi. "Produk saya tu tak haram. Sampai hati cakap mcm tu. Kalau berani, jumpa saya depan-depan lah. Apa yang dia sakit hati sangat dengan saya?," ujarnya.