WATAK ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh Azhan Rani dalam drama Nur 2 benar-benar memberi kesan kepada penonton.
Menerusi episod pada Rabu, pelakon berkenaan sekali lagi menimbulkan kemarahan netizen apabila cuba melepaskan nafsu terhadap watak utama Nur lakonan Amyra Rosli.
Lebih mendapat perhatian pada babak berkenaan apabila Azhan menyanyikan lagu viral Si Nopal dengan boxer bercorak pisang.
ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa pelakon ‘Nur 2’ ragu-ragu? Azhan Rani paling lantang bersuara
ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tak peduli jumlah penonton yang penting penunggang agama sedar!
Pelbagai reaksi netizen terhadap boxer pisang yang dipakai oleh Azhan Rani.
Azhan pada posting di Instagram turut menceritakan kisah boxer pisang yang terpaksa dipakai dalam bebak tersebut.
"Video itu la reaksi pertama aku bila prop department tunjukkan boxer pisang tu.
"Asalnya aku dah bawak boxer agak labuh sikit warna dark grey tapi pengarah kata tak berapa ngam sebab seluar aku pun dah hitam.
"Dia suruh propman kami cari yang lagi menyerlah kat pasaraya terdekat, sudahnya bila ditunjukkan pada aku itu itulah jadinya," ujarnya.
Drama Nur yang mengangkat kisah mengenai pelacur itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Fatimah Abu Bakar, Jalaluddin Hassan, Azar Azmi.
Nur 2 bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di saluran Samrarinda di TV3.