suria

“Kemenangan dirai sehari, tanggungjawab dipikul selamanya” - Nam Ron diumum Pengarah Terbaik AIFFA 2019

Kejayaan Nam Ron disebabkan seluruh team filem arahannya, One Two Jaga.

PELAKON Nam Ron meluahkan rasa bersyukur apabila diumumkan sebagai Pengarah Terbaik di Asean International Film Festival Awards (AIFFA 2019) menerusi filem arahanya, One Two Jaga.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 50, berkata dia tidak akan berjaya tanpa seluruh pasukan filem tersebut.

Menurutnya lagi, dia yang tidak dapat hadir pada acara kemuncak itu menganggap kemenangan yang dirai hanya sehari namun perlu memikul tanggungawab untuk selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menang besar FFM30, Nam Ron nak 'selak' cerita rasuah menteri pula


Nam Ron bersyukur apabila diumum sebagai Pengarah Terbaik AIFFA 2019.

"Alhamdulillah. Terima kasih Asean International Film Festival Awards #aiffa2019 atas anugerah ini.

"Tahniah buat seluruh team OneTwoJaga tanpa anda siapalah saya. Maaf kerana tak dapat bersama kalian.

"Kemenangan diraikan hanya untuk sehari dua, tanggungjawab yang harus dipikul adalah selama-lamanya," kata Nam Ron.

Nam Ron memuat naik foto trofi kemenangannya di AIFFA yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada malam, Sabtu itu menerusi laman Instagramnya.

Amerul turut merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di AIFFA 2019.

Selain Nam Ron, pelakon Amerul Affendi turut memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem yang sama.

Dalam pada itu, Nam Ron berharap dia dapat menghasilkan lagi karya yang lebih baik biarpun dirinya masih mentah dan lemah.

"Doakan saya agar mampu menghasilkan yang lebih baik kerana saya masih mentah dan lemah," ujarnya.

Filem One Two Jaga sebelum ini diumumkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) pada 30 Mac lalu.

Selain merangkul lima trofi lain iaitu Pengarah Terbaik (Nam Ron), Cerita Asl Terbaik, Poster Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh).

Artikel Lain