suria

“Kalau tak kutuk orang hidup tak lengkap agaknya?” - Jasmin Hamid dedah anak pernah dihina, kini badan sado

Jasmin kesal terhadap sikap segelintir individu yang tidak sensitif dalam melontarkan kritikan.

PELAKON Jasmin Hamid berkongsi kisah anak bongsunya, Haziq MacQuistan yang pernah menjadi mangsa 'body shaming' gara-gara memiliki berat badan berlebihan suatu masa lalu.

Jasmin, 46, berkata, Haziq yang pernah menerima kritikan negatif kini dalam usaha menjaga kesihatan badan bagi mendapatkan berat dan bentuk badan yang ideal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari dalam perut dia dah mula berlakon” - Anak bongsu Jasmin Hamid sedia jadi artis

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akan sekat dan ambil tindakan!” - Jasmin Hamid beri amaran pada netizen kutuk wajah anaknya macam maknyah

"Siapa sangka masa kecil dulu Big Boss @haziq_macquistan tembam tapi bila dah bujang, dah pandai buat badan.

"Bukan nak sado tapi untuk menjaga kesihatan katanya supaya hidup sihat. Mana tau lepas ni dapat berlakon cerita aksi pula.

"Tak mahu lagi orang panggil dia budak gemuk macam dulu sebab zaman sekarang sudah jadi trend 'body shaming'!" katanya.

Jasmin berkongsi foto penampilan baharu anaknya itu dengan memuat naik catatan di laman Instagramnya pada Ahad.

Dalam pada itu, Jasmin turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir individu yang tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.

Jasmin berkongsi foto anak bongsunya, Haziq yang kini dalam usaha menjaga kesihatan badan.

Menurutnya, kritikan dan merendahkan seseorang ibarat sudah sebati dalam hidup masyarakat kini.

"Manusia zaman sekarang ni, kalau tak kutuk dan rendahkan orang, hidup mereka tak lengkap agaknya.

"Bila jumpa, perkataan pertama yang akan keluar, kau dah gemuk, kau dah tua, kau dah kurus kering.

"Tak boleh ke kalau tanya khabar sahaja? Tanyalah sihat? Happy? Dah makan? Kan lagi bagus dari soalan yang menyakitkan hati. Jadi positif OK!" ujarnya lagi.

Jasmin Hamid, Haziq MacQuistan

Artikel Lain