suria

“Ini usaha buat mak bahagia selepas ayah meninggal” - Wak Doyok hadiahkan Vellfire sebagai kejutan Hari Ibu

Wak Doyok buat kejutan hadiahkan kereta mewah buat ibunya

SELEBRITI dan ikon fesyen Wak Doyok membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta jenes Toyota Vellfire kepada ibunya bersempena Hari Ibu pada Ahad.

Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 40, turut berharap agar ibunya diberikan kesihatan yang baik agar dapat menghantar wanita itu menunaikan ibadah haji tahun ini.

Wak doyok dedah Toyota Vellfire tersebut bernilai lebih RM265 ribu.

"Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta Vellfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara.

"Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah," tulisnya.

Pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini sebelum ini pernah menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo hasil usaha kerasnya dalam bidang perniagaan.

Biarpun kereta tersebut bernilai ratusan ribu, namun sedikit pun tidak tertanding dengan jasanya membesarkan saya selama ini.

WAK DOYOK

Dalam pada itu Wak doyok turut menjelaskan niatnya sekadar untuk membuat ibunya bahagia selepas kematian bapanya pada Oktober 2018.

"Semua ini adalah usaha untuk membuatkan mak saya bahagia dikala dia hidup kesunyian selepas pemergian ayah saya pada tahun lalu.

"Biarpun kereta tersebut bernilai ratusan ribu, namun sedikit pun tidak tertanding dengan jasanya membesarkan saya selama ini," katanya kepada mStar.

wak doyok

Artikel Lain