suria

“Be strong sis…”- Farid Kamil dipenjara 9 bulan, peminat minta Diana Danielle tabah!

Diana masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung keputusan mahkamah itu. Foto Instagram @dianadanielleb

BERITA hukuman penjara selama sembilan bulan yang dijatuhkan kepada pelakon Datuk Farid Kamil ternyata menerima reaksi pelbagai pihak terutama di media sosial.

Pengguna laman sosial mula menyerang dan meninggalkan pelbagai komen kepada isteri Farid yang juga merupakan aktres iaitu Datin Diana Danielle.

Rata-ratanya meminta Diana menerima keputusan mahkamah itu dengan hati terbuka dan tabah berdepan ujian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil beraya dalam penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil diarah bela diri kes dadah, dia kata "bertuah dapat nikmati sesi mahkamah"

"Be strong sis, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

"Teruskan bertahan, semoga Allah melindungi dirimu dan memberikan kekuatan kepada kamu dan keluarga melalui ujian ini.

Komen ditinggalkan netizen pada foto terkini di Instagram Diana.

"Semoga Diana tabah menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya dapat rasakan itu," komen netizen.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Diana masih belum berjaya kerana panggilan dan mesej dihantar tidak dijawab.

Pada Rabu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Diana bersama suami tercinta, Farid.

Farid akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan hari ini.

Sementara itu, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, abang kepada Farid iaitu Fadzil Zahari meminta orang ramai memberikan mereka ruang untuk bertenang ketika berdepan keputusan sukar tersebut, sementara mereka berusaha untuk membuat rayuan.

Malah, dia dan keluarga mengakui terkejut dengan keputusan hukuman penjara selama sembilan bulan terhadap pelakon itu.

"Peguam sedang dalam proses membuat rayuan. Pihak keluarga kami masih lagi terkejut dengan berita ini. Kami mohon ruang ya," ujarnya ringkas.

Diana Danielle, Farid Kamil

Artikel Lain