suria

Sejak jadi bapa, Hafidz Roshdi tak suka lepak lama-lama!

Hafidz Roshdi lebih selesa luangkan masa dengan keluarga.

PELAKON Hafidz Roshdi mengakui berasa cepat bosan jika lepak terlalu lama di luar rumah bersama kawan-kawan.

Menurut Hafidz, 25, perasaan itu mula disedari setelah dia dikurniakan anak perempuan iaitu Humairah yang kini berusia setahun enam bulan.

"Banyak betul beza bila dah jadi bapa ni, sampai sekarang masih rindukan anak. Sampaikan kalau lepak dengan kawan pun cepat rasa bosan.

"Saya lebih senang ada dekat rumah sahaja dan luangkan waktu dengan keluarga, tak ada lagi lepak lama-lama," katanya kepada mStar.

Hafidz dan isteri Nurul Shuhada Mat Shukri telah berkahwin pada 30 April 2016 di Perlis.

Keluarga bahagia.

Dalam pada itu, Hafidz berkata dia bimbang untuk meninggalkan anak dengan pengasuh kerana bimbang anak menjadi mangsa penderaan.

Justeru itu, dia meminta bantuan dan pertolongan ibu mertua untuk menjagakan anak perempuannya itu.

"Memandangkan isteri saya dah kerja jadi saya minta ibu mertua jagakan anak kami sebab takut banyak kes penderaan membabitkan kanak-kanak yang dilakukan oleh pengasuh.

"Rasa macam tak percaya nak tinggalkan anak pada orang asing, biarlah kami sekeluarga besarkan dia sendiri,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata kedua, Hafidz berkata dia menyerahkan soal rezeki itu kepada Allah.

"Kalau ikutkan awal sangat nak tambah tapi sejujurnya saya dan isteri memang tak pernah merancang.

"Yang pertama ini pun tak ada plan, Insya-Allah kalau ada rezeki itu saya dengan isteri dengan senang hati," ujarnya.

Hafidz Roshdi

Artikel Lain