suria

“Ketatnya sampai terasa panas walaupun di negara sejuk!” - PU Rizz pakai seluar 'skinny' untuk ubah penampilan

Rizz terpaksa ubah penampilannya untuk kelihatan berlainan menerusi filem terbaharunya.

PENCETUS Ummah (PU) dan pelakon Rizz memberitahu dia terpaksa menurunkan berat badan dan mengubah penampilannya untuk filem Ada Apa Dengan Dosa.

Menurut Rizz, 24, dia perlu kelihatan lebih kurus dan terpaksa memakai seluar yang agak ketat sewaktu penggambaran filem itu beberapa bulan yang lalu.

Pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismai ini turut mengakui dia kurang selesa dengan penampilan itu biarpun sebelum ini pernah menggayakan seluar yang agak ketat.

"Untuk filem itu, saya perlu kelihatan lebih kurus dan saya diet selama dua bulan juga untuk dapatkan penampilan dalam filem itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz tinggalkan kerjaya seni untuk sambung belajar undang-undang


Rizz perlu memakai seluar ketat untuk filem terbaharunya.

"Selain itu juga, saya kena ubah gaya pemakaian. Awal-awal saya datang lokasi penggambaran, saya bawa baju-baju yang saya biasa pakai tapi semuanya kena reject!

"Rambut pun mereka potong ikut stail yang saya tak pernah gayakan sebelum ini tapi yang paling saya tak boleh lupa apabila terpaksa pakai seluar yang ketat.

"Memang sebelum ini pernah juga la pakai skinny, tapi kali ini ketatnya sampai terasa panas walaupun berada di negara sejuk," katanya kepada mStar.

Rizz ditemui ketika majlis berbuka puasa dan pelancaran filem bercorak Islamik, Ada Apa Dengan Dosa di Halaman Shah Alam, pada baru-baru ini.

Rizz turut bergandingan dengan Ashraf Muslim menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa.

Dalam pada itu, Rizz memberitahu keputusan pihak produksi mengubah penampilannya itu bagi memberi kelainan terhadap imej pendakwah yang sering dilihat orang ramai.

"Penampilan yang serba moden ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada saya sepanjang menjalani penggambaran filem itu.

"Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya tak sabar nak tengok hasil bila filem ini sudah siap sepenuhnya" ujarnya.

Antara pelakon yang membintangi filem terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd itu termasuklah Wanna Ali, Ashraf Muslim, Fasha Sanda, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Filem yang berkonsepkan islamik itu dijangka akan bertemu penonton di pawagam pada awal Oktober depan.

PU Rizz, Ada Apa Dengan Dosa

Artikel Lain