suria

“Kalau boleh hari raya pertama hanya untuk keluarga” - Remy Ishak beraya di Melaka

Remy kalau boleh mahu meluangkan masa bersama keluarga sahaja pada hari raya.

PELAKON Remy Ishak memberitahu dia lebih selesa jika menyambut hari raya pertama Aidilfitri di kampung halamannya di Melaka bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 37, berkata dia tidak dapat menghalang peminat-peminat yang ingin bertemu dan datang beraya ke rumahnya.

"Sebenarnya saya kalau boleh nak luangkan masa dengan keluarga saya di kampung pada hari raya pertama. Hanya bersama keluarga sahaja.

"Tapi nak buat macam mana, saya tak dapat nak halang peminat yang tetap nak datang juga pada hari raya pertama," kata Remy kepada mStar.

Remy beraya di kampung halamannya di Melaka.

Pelakon filem Pulang itu bercuti sempena menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarganya selama seminggu.

Dalam pada itu, Remy mengakui raya tahun ini memberi impak yang lebih besar memandangkan drama lakonannya menerusi Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda menerima sambutan yang hangat.

Remy akan bawa keluarga bercuti.

Menurut Remy, dia juga akan membawa keluarganya bercuti dan berehat memandangkan keadaan ibunya yang tidak berapa sihat.

"Raya tahun ini memberi impak yang besar juga sebabkan drama-drama lakonan saya menerima sambutan daripada peminat-peminat.

"Kalau ikutkan dua tahun berturut-turut saya bawa keluarga bercuti setiap kali hari raya. Sekarang ini pula ibu saya pun tak berapa nak sihat.

"Jadi, hari raya pertama saja kami akan berada di Melaka. Kemudian, mungkin saya akan bawa keluarga bercuti pula," ujarnya.

Remy Ishak

Artikel Lain