suria

“Saya tiada jawapan” - Marsha Milan akui hati tergores kerap ditanya tentang zuriat

Marsha sudah lali dengan pertanyaan soal anak. Foto: @nazreen.amran @mhaakim_.

PENYANYI Marsha Milan memberitahu pertanyaan berkaitan cahaya mata yang sering diterima kadang-kala membuatkan hatinya tergores.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 34, berkata dia tidak mempunyai jawapan kepada pertanyaan berkaitan rezeki zuriat itu. 

"Sebenarnya saya dah tak kisah dan lali dengan soalan-soalan makcik-makcik bawang sebab raya atau tak raya, mereka tetap akan bertanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah pergi urut dan jumpa doktor... Marsha anggap ada hikmah belum dapat anak


Marsha dan suami masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.

"Saya memang dah tahu soalan apa akan ditanya dan tak marah pun sebab saya faham orang menantikan khabar yang baik.

"Cuma mungkin tanpa disedari soalan itu menggores hati kita sebab kita sendiri tak tahu bila Allah akan berikan rezeki anak," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Marsha mengakui dia pernah menjalani rawatan tradisional untuk mendapatkan zuriat namun masih belum ada rezeki.

Marsha dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang.

Marsha masih aktif berlakon.

Dalam pada itu, Marsha menegaskan dia masih lagi aktif dalam bidang lakonan biarpun sudah lebih tujuh bulan tidak berlakon dalam mana-mana drama.

Menurut penyanyi lagu Bimbang ini, dia ada menerima tawaran berlakon namun tidak dapat dilakukan disebabkan jadual tidak sesuai.

"Lebih tujuh bulan saya tak berlakon drama sebab banyak fokus pada bidang nyanyian dan tawaran berlakon itu kebanyakkan tak sesuai dengan jadual saya.

"Mungkin orang produksi ingat saya dah tak berlakon, saya pun tak tahu tapi sebenarnya saya masih lagi berlakon," ujarnya.

Marsha Milan

Artikel Lain