suria

Zarith Sofia mengaku tidak bersalah simpan, kurung anak beruang matahari

Zarith didakwa atas dua tuduhan menyimpan dan mengurung anak beruang matahari di rumahnya.

PENYANYI Zarith Sofia Yasin mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu menyimpan dan mengurung anak beruang matahari di kondominium miliknya minggu lalu.

Bekas peserta program realiti Rockanova itu membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Sebelum ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan Zarith yang dikenali dengan gelaran Pia kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu.

Penyanyi wanita berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam selepas pihak Perhilitajn membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya berdasarkan maklumat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bagi Bruno makan sedap-sedap… makan coklat” - Zarith Sofia rancang hantar anak beruang ke zoo selepas sihat


Pia menjelaskan dia tidak ada niat untuk menyimpan anak beruang matahari di rumahnya.

Zarith disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman Zarith mula tular di laman sosial sejak 7 Jun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 9 Jun lalu, Zarith menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk menjadikan beruang matahari yang ditemuinya dalam keadaan lemah sebagai haiwan peliharaan.

Zarith berkata dia merancang untuk menghantar haiwan dilindungi itu kepada pihak zoo selepas keadaan beruang yang diberi nama Bruno itu pulih.

Malah, Zarith atau lebih mesra disapa Pia memberitahu dia begitu mengambil berat soal penjagaan dan kebajikan sepanjang beruang itu di bawah penjagaannya.

Artikel Lain