suria

Pernah tonton Avengers bersama tapi Norman tak kenal Haziq Aziz, nafi terlibat konspirasi terbit video seks

Norman nafi terlibat konspirasi terbit video seks mengaitkan seseorang berprofil tinggi.

PENGARAH Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim terkejut apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi penerbitan klip video hubungan sejenis seorang menteri Kabinet dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang tular sejak Rabu lalu.

Norman berkata, dia sendiri tidak mengetahui bagaimana namanya boleh dikaitkan sebagai antara individu yang terlibat dengan konspirasi terbabit.

Malah Norman turut menafikan pernah menonton video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan terbaharu Haziq... “Aksi di Sandakan bukan pertama kali”

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq Aziz ditahan di KLIA

"Saya sangat terkejut dan sedih apabila beberapa kenalan menghantar link sebuah blog politik yang mengaitkan nama saya dengan beberapa tokoh politik lain kononnya mempunyai konspirasi menerbitkan video lucah yang dikatakan melibatkan seorang menteri kanan.

Foto yang didakwa dirakam selepas mereka menonton filem Avengers.

“Secara peribadi saya tidak pernah menonton video itu dan tidak layak untuk memberikan komen yang terlalu mendalam.

“Dengan itu, saya juga tak mahu memberi apa-apa pendapat sama ada video itu tulen atau diterbitkan menggunakan teknologi penerbitan visual," katanya.

Selain itu, Norman turut menafikan mengenali secara rapat dengan Haziq Aziz.

Norman menjelaskan dia mengenali Haziq ketika dijemput untuk menonton wayang bersama Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bergambar bersamanya ketika itu.

“Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak mengenali siapa Haziq Aziz.

"Saya, isteri dan anak telah dijemput oleh pegawai kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menonton filem ‘Avengers’ sebelum bulan Ramadan lalu.

“Gambar kami beramai-ramai itu adalah selepas menonton filem tersebut dan secara spontan sebelum semua bersurai pada malam itu,” jelasnya.

Artikel Lain