PELAKON Abby Abadi menerusi Instagram memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil selepas membuat imbasan di sebuah klinik pada Sabtu lalu. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, bagaimanapun berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana masih terlalu awal. "Suami @jaiezzany bawa saya pergi buat imbasan tadi (Sabtu). Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ya, segan nak cerita sekarang. Awal lagi hihi. "Untuk doktor-doktor dan adik-adik di Klinik Anda, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ya," kata Abby. Abby berkongsi foto bersama doktor di klinik tersebut dengan kapsyen di laman sosial miliknya pada baru-baru ini. Abby seakan memberi gambaran dia kini sedang hamil. Rata-rata pengikut di laman sosial turut mengucapkan tahniah dan membuat andaian bahawa pelakon drama Gerak Khas itu kini sedang berbadan dua. ARTIKEL BERKAITAN: Kembali berlakon, Abby Abadi lebih berjaga-jaga tentang solat dan solekan di set penggambaran Menguatkan lagi spekulasi tersebut apabila suaminya Faizal Zakaria juga meluahkan perasaan gembira dan syukur dengan perancangan Allah buat mereka sekeluarga. "Hari ni (Sabtu) baru ada masa bawa My Love @abby_abadi112 ke klinik. Alhamdulilah... Perancangan Allah adalah yang terbaik. Syukur atas segala-galanya. "Terima Kasih Allah, Moga hambaMu ini tidak lalai untuk terus bersujud padaMu," katanya. Dalam pada itu, Abby meluahkan rasa syukur dan berterima kasih serta memuji doktor-doktor yang melayan pesakit dengan baik. "Alhamdulillah terima kasih doktor-doktor muda yang cantik menawan ni layan pesakit dengan sangat baik sekali. Sangat suka dapat kenal dengan doktor yang baik budi ni. Abby masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas suami, Norman dan Memey. "Dahlah baik, cantik, comel dan berbudi bahasa pula tu," ujarnya. Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria atau dikenali sebagai Jaiezzany, 45, pada 14 Ogos 2015. Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 Disember 2008. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11. Abby dan Faizal juga mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia pada tahun lalu.